Kelayakan
Anda perlu ada semua perkara di bawah.
- Ahli Koop Sahabat yang menjalankan perniagaan makanan & minuman
- Perniagaan berdaftar dengan SSM (masih sah)
- Sijil Suntikan Tifoid
- Sijil Pengendalian Makanan
- Tiada tunggakan bayaran AIM/Koop Sahabat dalam 12 bulan terkini
- Rekod bayaran balik 12 bulan terkini
- Surat rujukan daripada Pengurus Cawangan (PC) AIM
Permohonan
Hanya tiga langkah.
Isi borang
Isi borang dalam talian. Ambil masa lebih kurang 5 minit.
Kami hubungi anda
Jika layak, kami akan WhatsApp anda untuk langkah seterusnya.
Mula berniaga
Terima latihan dan barangan, kemudian buka gerai anda.
Boleh juga mohon melalui Sahabat Super App. Pilih ZUSahawan di bahagian Promosi.
Dokumen yang perlu disediakan
- Nombor kad pengenalan (cth. 123456-00-1234)
- Nombor telefon dan e-mel
- Alamat rumah dan alamat lokasi perniagaan
- Nama syarikat, nombor SSM dan nama perniagaan
- Jenis perniagaan: perseorangan, perkongsian, Sdn Bhd atau Berhad
Apa yang anda dapat
Pakej ZUSahabat bernilai RM16,200, dibayar balik secara ansuran dari hasil jualan.
- Starter kit 550 cawanDispenser, cawan, straw, meja, bendera dan papan iklan
- 4 kali pembaharuan stok: 2,200 cawan550 cawan setiap kali, tanpa caj. Jumlah keseluruhan 2,750 cawan
- SoftPOSTerima bayaran dan rekod stok
- Perlindungan perubatan + tifoidRawatan perubatan selama 2 tahun, termasuk suntikan tifoid
- 3 polisi takafulAll Risk, Public Liability, Personal Accident
- Latihan & sokonganSebelum dan selepas buka gerai
Lihat gambar starter kit
Cara bayaran balik
Kos pakej sebanyak RM16,200 dibayar balik secara ansuran RM675 sebulan selama 24 bulan. Bayaran balik akan ditolak terus daripada hasil jualan bagi setiap cawan yang terjual, mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
Lokasi Tersedia
Permohonan diterima dari negeri berikut.
Belum dibuka: Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor.
Di mana boleh berniaga?
Dibenarkan
- Bazar & pasar malam
- Festival
- Acara kerajaan
- Pameran & ekspo
- Acara sukan & komuniti
Perlu kelulusan dulu
- Acara sekolah
- Acara politik
Tidak dibenarkan
- Majlis kahwin
- Katering
- Majlis hari jadi
- Majlis persendirian & korporat
Gerai tetap mesti sekurang-kurangnya 5 km dari gerai Jom Ngupi lain. Peraturan ini tidak terpakai untuk acara.
Lokasi gerai ZUSahabat terkini (10 gerai)
Galeri ZUSahabat
Sesi latihan peserta dan gerai yang sudah beroperasi.











Ada soalan?
Hubungi hotline kami atau terus isi borang pendaftaran.
+60 19-627 3960

